Assalamualaikum.
Saya ada buat lawatan ke :
Rumah Nur Hikmah
Lot 11552, Jalan 18,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor
Tel: 03- 8739 6994
Tn. Haji Othman Ahmad : 016-669 9942/017-383 9994.
Tempat yang saya pergi ini tempat untuk anak-anak lelaki (seramai lebih kurang 30 orang)
Anak-anak perempuan, juga dalam 30 orang - di tempatkan di rumah berasingan.
Di rumah inilah makan minum mereka di masak dan boleh dikatakan tempat berkumpul anak- anak ini seramai 60 orang. Cuma ada 2 orang pekerja yang menjaga tempat ini sepenuh masa.
Daripada interview yang saya dan kawan buat, mereka memerlukan bantuan kewangan. Wang ini boleh digunakan untuk berbagai perkara, sebagai contoh bayar bil-bil, yuran sekolah, yuran PIBG, beli makanan basah, beli buku sekolah, barang kebersihan dan sebagainya.
Daripada pemerhatian saya, penderma selalu akan berikan beras atau gula etc, dan kekadang agak berlebihan. Orang yang datang cuma akan hantar barang-barang di muka pintu dan tak masuk ke dalam untuk melihat sendiri bagaimana keadaan mereka di sini.
Penjaga yang bekerja di situ juga memberitahu, sekiranya kita ingin dermakan selain wang ringgit, boleh berikan mereka barang- barang kebersihan, contoh sabun basuh, berus gigi, ubah gigi, sabun mandi - barang barang ini selalu kekurangan.
Marilah kita membantu mereka, SETIAP BULAN masukkan seberapa yang kita mampu, niatkan sebagai zakat.
Kalau buat online banking, jadikan akaun di bawah ini sebagai FAVOURITE account:
Maybank : 5140 1159 4047 (PUSAT JAGAAN NUR HIKMAH)
Pengetua: Tn. Haji Othman Ahmad at 016-669 9942/017-383 9994.
Or click link below for further details:
Tidur aje lah di ruang tamu , di atas lantai sejuk, sebab tak ada tempat lain nak lelapkan mata...
Satu-satunya bilik yang ada, jadi stor aje..tak nampak lantai pun sebab padat sangat
Tempat basuh kain, di ruang ini pun boleh jadi tempat tidur di waktu malam
Loker-loker yg tak terurus...budak2 lelaki macam nie lah jadi nya...
Mana baju bersih dan kotor?
Ruang sempit nie pun boleh jadi tempat tidur juga...memang atas lantai aje...